CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 6 April 2011

LARANGAN DERHAKA KEPADA IBUBAPA

Dewasa ini amat mudah untuk menemui anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa. Sewaktu penulis kecil dahulu, ustaz telah melarang supaya jangan membantah kata-kata orang tua. Kalau disuruh lakukan sesuatu. jangan gunakan kata-kata 'ugh' kerana itu bermakna kita telah derhaka kepada ibu atau bapa. Sampai begitu sekali kita diajar supaya mentaati apa saja suruhan kedua orang tua selagi tidak bercanggah dengan suruhan Allah dan Rasul-Nya.
Tetapi kini amat mudah untuk kita menemui anak-anak yang bukan saja mengeluarkan kata-kata 'ugh' apabila disuruh oleh ibu bapa tetapi ada yang sudah terlalu melampau sehingga sanggup berlengan. memaki hamun. meludah, melempang, menyepak dan pelbagai lagi perbuatan yang sudah terlalu biadap terhadap kedua ibu-bapa. Mungkin para pembaca akan menganggap ini sekadar sebuah dongengan atau drama ciptaan penulis tetapi apa yang penulis telah katakan ini adalah satu kenyataan. Pernah berlaku di hadapan mata penulis sendiri dan ada juga yang diceritakan oleh ibu bapa yang mengalami nasib yang sedemikian rupa. Hakikatnva, inilah bentuk kehidupan zaman sekarang-zaman yang dikatakan serba maju. canggih. langit terbuka dan sebagainya ini.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan ini semua berlaku? Salah satu sebabnya ialah pengaruh media massa. Media massa dikatakan telah memainkan peranan penting. Apabila diteliti ada juga logik dan munasabahnya dakwaan tersebut. Penulis dapati terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhirnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk ke arah itu penuh perlakuan tidak sopan. tengking dan herdik serta bermaki-hamun.
Kata seorang tokoh agama yang penulis cuba dapatkan buah fikirannya. "Kita boleh adakan cerita yang baik. Penulis kita ramai. semua kreatif. Kita boleh adakan sebuah cerita tentang seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah atau ibu mereka. Cium tangan ayah atau ibu sebaik pulang dan balik kerja. ajak sem-bahyang jemaah dan sebagainya. Pelik atau mustahilkah kalau ada anak seorang Melavu beragama Islam di Malaysia ini kalau praktikkan begitu? soalnya.
Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagai-mana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? "Selalu saya tekankan. jika baran dan marah sekalipun. tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa, pesannya.
Kata tokoh agama itu lagi, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka, geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul."
"jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucap-kan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka, tambah beliau lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau anak-anak yang lari daripada rumah berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok, ujar penulis pula cuba memancing bual tokoh agama tersebut.
Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Katanya lagi.
"Faktor makanan turut meng-ganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak. jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging. tokok penulis melalui pembacaan.
Sebuah riwayat ada menceritakan bahawa pada suatu hari ada seorang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan Rasulullah SAW, dan baginda pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayah budak tersebut sangat gelisah dan bertanya kenapa Rasulullah SAW berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya meng-ganggu tumbesaran si anak. la membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.
Makanan yang baik ialah yang halal dan bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu jika berpen-dapatan tetap. salurkan sedekah atau membayar zakat kenana ia member-sihkan harta. Daripada harta itulah. kita mendapat makanan yang akhirnya membentuk darah daging.

No comments:

Post a Comment

sukew sangat lagu ney :)

lagu untuk kak ain ngan kak aQ