CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 5 April 2011

TSUNAMI JEPUN SATU PENGAJARAN

Jepun di landa tsunami yang agak dahsyat. Mengorbankan beribu nyawa dan memusnahkan harta benda di beberapa bandar. Semua maklum bahawa jepun mempunyai sistem amaran tsunami yang canggih. Namun perancangan manusia tidak mampu menghalang kekuasaan Allah swt. Muhasabah yang cukup bermakna buat insan yang mempunyai hati yang bercahaya.

Satu lagi yang perlu kita bincangkan apabila berlakunya bala bencana yang begini dahsyat ialah kemurkaan Allah kepada umatnya yang menolak keesaan Allah swt. Bila bala itu menimpa maka ianya tidak mengenal samada orang kafir atau orang alim.

Bencana yang dahsyat ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kedatangan hari Kiamat. Kita sudah berada di akhir zaman di mana kiamat semakin hampir. Tanda-tanda kiamat kecil sudah banyak berlaku. Pintu taubat masih terbuka untuk mereka yang ingin kembali kepada AKhirat.

Tsunami ini juga mengingatkan kita tentang banjir besar yang dihadapi oleh Nabi Noh yang telah menenggelamkan seluruh dunia pada waktu itu. Air yang besar dengan kuasa Allah telah memusnahkan semua di dunia ini kecuali yang berlindung di atas kapal Nabi Noh a.s.

Jesteru itu, marilah semua manusia kita kembali kepada ajaran Allah yang benar untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat….

No comments:

Post a Comment

sukew sangat lagu ney :)

lagu untuk kak ain ngan kak aQ